default green red contrast    font_default red blue

Unit Kecemasan Udara

Unit Kecemasan Udara ( Air Disaster Unit ) di bawah pentadbiran Pejabat Kesihatan KLIA telah mula beroperasi pada 29 Jun 1998 sebagai persediaan jika berlaku bencana kecemasan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ). Terletak bersebelahan bangunan Airport Fire Rescue Service ( AFRS ). Unit Kecemasan Udara mengandungi 2 resus bay, 10 katil dan boleh memuatkan 50 strecther canvas di mana ianya juga dibahagikan kepada Zon Merah untuk mangsa kritikal dan Zon Kuning untuk mangsa yang separa kritikal. 

Diketuai oleh Pegawai Kesihatan beroperasi dengan pelbagai kategori jawatan merangkumi Pegawai Perubatan, Paramedik dan anggota sokongan 1 dan 2. Pada bulan Ogos 1998, Mock Practice yang pertama telah dijalankan di KLIA di mana Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebagai “coordinating hospital“ serta melibatkan semua agensi-agensi kerajaan dan swasta di KLIA.

Jumlah Pengunjung: 67440

  • Kemaskini Akhir : 05 Disember 2017.