default green red contrast    font_default red blue

Unit Inspektorat dan Perundangan

Penubuhan Unit Penyiasatan dan Pendakwaan (UPP) adalah berdasarkan Pekeliling Kesihatan Awam Bil.1/2004 bertarikh 11 Februari 2004 yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan pada ketika itu iaitu Dato’ Dr. Shafie Ooyub.

OBJEKTIF UNIT

Menguatkuasakan undang-undang kesihatan awam supaya memberi perlindungan dan keadilan yang saksama kepada semua pihak, khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

SKOP TUGASAN UNIT INSPEKTORAT DAN PERUNDANGAN

1. Menjalankan operasi Keselamatan dan Kualiti Makanan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985
2. Menjalankan operasi di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
3. Menjalankan operasi di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 Pindaan 2000.
4. Menjalankan operasi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
5. Menjalankan aktiviti pendakwaan dengan membuka fail siasatan bagi kes-kes yang melanggar undang-undang Kesihatan Awam dan merujuknya ke Unit Inspektorate dan Perundangan Negeri seterusnya ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan mahkamah

 

Persampelan makanan bagi Penguatkuasaan Akta Makanan 1983

 

Pengeluaran notis Seksyen 32B bagi Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004

 

Pemeriksaan larva di tapak binaan untuk penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

Jumlah Pengunjung: 66148

  • Kemaskini Akhir : 05 Disember 2017.