default green red contrast    font_default red blue

Unit Kuarantin

PUSAT KUARANTIN KESIHATAN

Pusat Kuarantin Kesihatan  merupakan salah satu unit dibawah Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (PK KLIA). Pusat Kuarantin Kesihatan merupakan Call Centre beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu dimana Penolong Pembantu Perubatan, Jururawat Terlatih, Jururawat Masyarakat, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu bertugas secara 3 syif.Terdapat 2 Pusat Kuarantin Kesihatan iaitu :-

  1. Aras 3, Balai Ketibaan Antarabangsa, Bangunan Terminal Utama (MTB)
  2. Aras 2, Balai Ketibaan Antarabangsa, KLIA2

OBJEKTIF

  1. Memastikan semua pelawat yang datang ke Malaysia adalah bebas daripada penyakit berjangkit.
  2. Memastikan pelawat dari Negara-negara Endemik Demam Kuning mempunyai sijil kesihatan yang sah.

PUSAT KUARANTIN KESIHATAN DI BANGUNAN TERMINAL UTAMA ( MTB )

Pusat Kuarantin Kesihatan di Bangunan Terminal Utama (MTB) telah mula beroperasi pada 29 Jun 1998. Terdapat 3 buah bilik yang dilengkapi dengan 15 katil digunakan untuk menempatkan pengembara yang perlu dikuarantin.

  1. Bilik Berlian - 2 katil
  2. Bilik Zamrud - 3 katil
  3. Bilik Delima – 10 katil

PUSAT KUARANTIN KESIHATAN DI KLIA2

Pusat Kuarantin Kesihatan di KLIA2 telah mula beroperasi pada 15 April 2014. Terdapat dua buah bilik yang dilengkapi dengan 10 katil untuk menempatkan pengembara yang perlu dikuarantin juga.

  1. Bilik Lelaki - 5 katil
  2. Bilik Perempuan -5 katil

AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI UNIT KUARANTIN 

  1. Penyaringan penyakit Demam Kuning bagi orang kenamaan dan penumpang yang datang atau melalui Negara Endemik Demam Kuning.
  2. Menjalankan prosidur kuarantin dan pengawasan penumpang yang tidak memenuhi syarat sah sijil demam kuning mengikut Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.
  3. Menjalankan penyaringan penyakit berjangkit dan saringan suhu badan di Pintu Masuk Antarabangsa.
  4. Bertindak sebagai Call Centre bagi Unit Kecemasan Udara dan aduan.
  5. Membantu unit - unit lain seperti Unit Promosi dalam menjalankan kem kesihatan serta melalukan pemeriksaan kesihatan bersama Unit Keselamatan Pekerja dan Alam Sekitar (KPAS) kepada anggota PK KLIA yang berumur 40 tahun ke atas dan anggota Unit Kawalan Bawaan Vektor.
  6. Memastikan semua anggota mematuhi standart penggunaan PPE semasa mengendalikan kes penyakit - berjangkit.
  7. Menjalankan penyiasatan bersama Unit Kawalan Penyakit Berjangkit jika berlaku kematian di KLIA.
  8. Merawat Wargakerja KLIA, Wargakerja Pejabat Kesihatan KLIA dan tahanan Imigresen (OKT).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jumlah Pengunjung: 66148

  • Kemaskini Akhir : 05 Disember 2017.