default green red contrast    font_default red blue

Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan

OBJEKTIF UNIT

• Untuk melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan, penggunaan makanan dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.

• Untuk memastikan semua makanan yang diimpot mematuhi kehendak di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

• Untuk menyimpan, memproses dan menganalisa data dan rekod yang berkaitan bagi pelaksanaan program kesihatan yang lebih komprehensif dan efisien bagi tujuan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kesihatan di pintu masuk.

SKOP TUGASAN UNIT KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN ( PREMIS )

  1. Menjalankan pemeriksaan kebersihan premis makanan.
  2. Menjalankan penutupan ke atas premis makanan yang tidak suci.
  3. Mengambil sampel makanan formal mengikut jadual yang ditetapkan oleh JKNS untuk analisa makmal.
  4. Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas makanan yang dijual dipasaran untuk memastikan ia mematuhi kehendak2 Peraturan-peraturan Makanan 1985
  5. Merancang aktiviti dan memantau tahap kebersihan premis2 makanan di Sepang F1 Circuit serta mengambil sampel makanan
  6. Menjalankan pengurusan data dan menyediakan laporan bulanan.

SKOP TUGASAN UNIT KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN ( IMPORT )

1.   Perkhidmatan kaunter – semakan dokumen (K 1) dan semakan sistem FoSIM
2.   Pemeriksaan Fizikal Makanan
3.   Persampelan
4.   Pelepasan / Penahanan
5.   ‘Alert’ makanan (untuk keputusan analisa tidak mematuhi)
6.   ‘Undertaking’ (Pelepasan Bersyarat)
7.   Penyimpanan rekod
8.   Menjalankan pemeriksaan dokumen bagi permohonan untuk mengimpot bahan makanan dan pelepasan konsainmen.
9.   Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas konsainmen makanan.
10. Mengambil sampel makanan bagi tujuan analisa dan disusuli tindakan undang-undang bagi makanan yang melanggar peruntukan Akta.

Bagi konsainmen yang tidak mematuhi kriteria, tindakan berikut diambil :

1. Arahan Alert Makanan dan senarai hitamkan makanan berkaitan.
2. Rampasan dan pemusnahan konsainmen.
3. Arahan pengeksportan semula ke negara asal.
4. `Undertaking’ bagi kesalahan pelabelan dan kegagalan mematuhi standard.
5. Sistem Maklumat FoSIM sebagai pengkalan data. Menghubungi pihak terlibat i.e. agen/pengimpot, pintu masuk, Ibu pejabat KKM, Kastam.

 

 

 
 

 

 

 

 

 

Jumlah Pengunjung: 66147

  • Kemaskini Akhir : 05 Disember 2017.