default green red contrast    font_default red blue

Unit Kecemasan Udara

Unit Kecemasan Udara ( Air Disaster Unit ) di bawah pentadbiran Pejabat Kesihatan KLIA telah mula beroperasi pada 29 Jun 1998 sebagai persediaan jika berlaku bencana kecemasan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ). Terletak bersebelahan bangunan Airport Fire Rescue Service ( AFRS ). Unit Kecemasan Udara mengandungi 2 resus bay, 10 katil dan boleh memuatkan 50 strecther canvas di mana ianya juga dibahagikan kepada Zon Merah untuk mangsa kritikal dan Zon Kuning untuk mangsa yang separa kritikal. 

Diketuai oleh Pegawai Kesihatan beroperasi dengan pelbagai kategori jawatan merangkumi Pegawai Perubatan, Paramedik dan anggota sokongan 1 dan 2. Pada bulan Ogos 1998, Mock Practice yang pertama telah dijalankan di KLIA di mana Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebagai “coordinating hospital“ serta melibatkan semua agensi-agensi kerajaan dan swasta di KLIA.

OBJEKTIF

  1. Memastikan Unit Kecemasan Udara sentiasa di dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi sebarang bencana yang berlaku 
    di Lapangan Terbang  Antarabangsa KLIA.
  2. Memastikan kordinasi yang teratur semasa memberi perkhidmatan kecemasan serta bertindak tepat dalam memberi rawatan kecemasan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI UNIT KECEMASAN UDARA

  1. Bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan udara.
  2. Menyertai latihan-latihan kecemasan bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta di KLIA yang melibatkan kecemasan udara.
  3. Menjalankan attachment di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Serdang kepada semua paramedik.
  4. Menjalankan latihan Basic Life Support kepada semua anggota Pejabat Kesihatan KLIA.
  5. Memberi taklimat kepada anggota berkaitan aktiviti dalam kecemasan udara.
  6. Menjalankan penyelenggaraan peralatan perubatan yang berkala bagi memastikan peralatan perubatan boleh digunapakai apabila berlaku kecemasan.

 

 

 

RETEN TAHUNAN 2012 - 2016
TAHUN  JUMLAH PENDARATAN CEMAS
FULL EMERGENCY CRASH MOCK PRACTICE BOMB HOAX FIRE DRILL JUMLAH
2012 1 0 2 0 4 7
2013 6 0 0 0 5 11
2014 3 0 1 0 4 8
2015 5 0 2 0 5 12
2016 3 0 1 2 4 10
TOTAL 18 0 6 2 21 47

 

sss

 

 

 

Jumlah Pengunjung: 78292

  • Kemaskini Akhir : 05 Disember 2017.