default green red contrast    font_default red blue

Unit Kawalan Vektor

OBJEKTIF UNIT

  • Memastikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bebas dari penyakit bawaan vektor.
  • Untuk memastikan segala masalah dapat dikenalpasti dan tindakan dapat di ambil dengan segera.
  • Memberi kesedaran dikalanan pekerja dan orang awam supaya prihatin terhadap penyakit berjangkit bawaan vektor.
  • Meningkatkan kerjasama antara anggota kesihatan dengan pekerja-pekerja dan orang awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

SKOP TUGASAN UNIT KAWALAN VEKTOR

1. Memantau tren pembiakan nyamuk Aedes aegypti tujuan pencegahan penyakit Yellow Fever melalui aktiviti:

1.1  Kajian Ovitrap
1.2  Pemeriksaan Pembiakan Aedes atau Kajian Aedes
1.3  Kawalan nyamuk aedes

aedes

ovi

 

2. Memantau tren pembiakan kutu Xenopsylla cheopis dan tikus tujuan pencegahan penyakit Plaque atau Hawar melalui aktiviti Kajian Rodensia.

                                       roden

3. Memantau kejadian penyakit Malaria dan Filiriasis imported yang dibawa oleh pekerja asing melalui aktiviti pengambilan selaid darah parasit malaria dan cacing filiriasis di penempatan-penempatan pekerja asing yang berpotensi kejadian penyakit tersebut.

4. KLIA sebagai pintu masuk antarabangsa utama Malaysia sensitif terhadap kehadiran lalat iaitu vektor pembawa penyakit Kolera dan Keracunan Makanan. Kepadatan lalat akan di pantau melalui aktiviti Kajian Lalat. Ia dilakukan mengikut aduan dan keperluan seperti di tetapkan dalam Pelan Tindakan jabatan.

 

 



 

Jumlah Pengunjung: 66148

  • Kemaskini Akhir : 05 Disember 2017.