default green red contrast    font_default red blue

Bantuan

Panduan Menggunakan RSS


Apakah RSS?
RSS atau RDF Site Summary adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi W3Schools . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.

Apakah RssReader?
RssReader adalah satu program yang membolehkan anda menerima berita atau maklumat dari halaman web yang menyokong aplikasi RSS terus ke desktop anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RssReader, sila layari halaman ini  http://www.rssreader.com/

Kemudahan RSS di Laman Web Rasmi PKKLIA

Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk kegunaan pengunjung Laman Web Rasmi Pejabat Kesihatan KLIA bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan maklumat terkini yang dipaparkan oleh laman ini. Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar kami dapat menyalurkan maklumat terkini dengan lebih pantas dan berkesan.

Faedah RSS Feeds ialah :
1. Anda boleh memilih untuk muat turun bahan maklumat yang diperlukan.
2. Anda dapat mengetahui maklumat terkini seperti Hot Spot Denggi dan SWER dengan lebih cepat dan berkesan.
3. Berita atau maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.
4. Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak diinginkan (Spam).

Langkah-langkah Memasang RssReader

Langkah 1:

Muat turun perisian installasi Microsoft.NET framework terlebih dahulu jika anda tidak menggunakan Windows 2003 atau versi Windows XP yang terkini.
Cara yang paling mudah adalah dengan layari Windows update atau  Microsoft How to Get the .NET Framework 1.1.

Langkah 2:

Muat turun RssReader 1.0.88.0 berikut : rssreader.zip atau rssreader.exe

Langkah 3:

Install RssReader.
Jika anda muat turun versi .zip unzip fail tersebut terlebih dahulu dan run setup.exe .
Terus run jika anda muat turun versi .exe .

Langkah 4:

Sila lihat imej  RSS ini di dalam Laman Web Rasmi PKKLIA.
Letakkan mouse pada imej tersebut kemudian klik kanan, dan pilih "Copy Shortcut". Run RssReader dan pergi ke "add (+)" seterusnya klik kanan dan "paste" url dan tekan ok.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari http://www.rssreader.com/.

 


 

Panduan Menggunakan W3C 

Laman Web Rasmi PKLIA menyediakan kemudahan untuk membantu pengunjung yang memerlukan sedikit pengubahsuaian kepada kandungan laman web ini supaya dapat dibaca dalam keadaan yang terbaik. Ini juga bertujuan untuk memenuhi matlamat W3C : Web Accessibility Initiative (WAI) yang bertujuan untuk menjadikan semua laman web boleh dicapai oleh Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kemudahan yang bersesuaian.

Terdapat beberapa pilihan yang diberikan.

a. Pengubah Saiz Tulisan
- Pilihan untuk mengubah saiz tulisan daripada normal kepada lebih besar atau lebih kecil.

b. Pengubah Warna Tulisan dan Latar
- Pilihan untuk mengubah tulisan dan latarbelakang laman supaya boleh diakses dengan lebih baik.

Jumlah Pengunjung: 74240

  • Kemaskini Akhir : 05 Disember 2017.