default green red contrast    font_default red blue

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN UNIT KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

1. Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan (Import) akan berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik, berkualiti dan profesional kepada setiap               pelanggan.

2. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bersopan-santun, jujur, ikhlas dan amanah.

3. Setiap pelanggan diberik jaminan bahawa data-data/maklumat yang diisytiharkan dalam apa jua bentuk akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu     kepada pihak tertentu dengan kebenaran dan tertakluk kepada undang-undang.

4. Setiap pelanggan boleh mendapatkan penerangan yang jelas mengenai :

i. Prosedur pengurusan konsaimen makanan import

ii. Prosedur persampelan makanan

iii. Prosedur pengurusan undertaking

iv. Prosedur pengawasan pengimportan dan pengeksportan mayat

v. Prosedur pengawasan import dan eksport organisma atau bahan patogenik, tisu manusia dan spesimen klinikal.

 

Jumlah Pengunjung: 78292

  • Kemaskini Akhir : 05 Disember 2017.