default green red contrast    font_default red blue

Latar Belakang & Sejarah

Sebuah organisasi di bawah pentadbiran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mula beroperasi pada 30 Jun 1998. KLIA terletak lebih kurang 50 km dari Bandaraya Kuala Lumpur, 40 km dari Bandar Seremban dan 75 km dari Bandar Klang. Pejabat Kesihatan KLIA terletak di Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran KLIA . 

Lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur telah mula beroperasi sejak 27 hb Jun 1998. Keluasannya adalah lebih kurang 20,000 hektar. Kini Ia boleh menampung penumpang seramai lebih kurang 40 juta orang meliputi kawasan LCCT.

Pejabat Kesihatan KLIA diketuai oleh Pegawai Kesihatan. Terdapat 3 bahagian utama di bawah pentadbiran iaitu (lihat Lampiran 1 - Carta Organisasi Pejabat Kesihatan KLIA)

Di bawah pentadbiran PKKLIA sekarang terdapat 3 bahagian iaitu :

  • Perkhidmatan Kesihatan Antarabangsa
  • Pengurusan Kesihatan Awam l & II
  • Pengurusan Sokongan

Disamping itu pejabat ini juga beroperasi di tiga (3) bangunan lain iaitu di    Bangunan Terminal Utama, Kompleks Kastam Zon Perdagangan Bebas dan Terminal Tambang murah.

Jumlah Pengunjung: 68956

  • Kemaskini Akhir : 05 Disember 2017.