default green red contrast    font_default red blue

 OBJEKTIF BAHAGIAN KESIHATAN ANTARABANGSA

Untuk memastikan tiada kemasukkan sebarang jenis penyakit berjangkit dan tidak berjangkit dari luar negara ke negara ini.

OBJEKTIF UNIT

  • Mencegah kemasukan penyakit Demam Kuning ke Malaysia melalui kemasukan penumpang dari Negara-negara endemik Demam Kuning
  • Mengawal dan mencegah risiko kemasukan agen / vektor penyakit berjangkit dari memasuki Malaysia
  • Mencegah kemasukan sebarang penyakit berjangkit yang merbahaya ke Malaysia.

 

SKOP TUGASAN UNIT KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT

Saringan suhu badan ke atas pengembara (penerbangan antarabangsa)

  1. Tindakan proaktif mengesan pengembara yang demam menggunakan alat pengesan suhu (thermal scanner) sebelum memasuki Malaysia.
  2. Pengembara yang didapati mempunyai suhu badan yang tinggi (melebihi 37.5 C') daripada alat pengesan suhu (thermal scanner) akan dirujuk ke Pusat Kuarantin Kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.

Pengawasan kemasukan pengembara yang tiba dari / melalui negara endemik Demam Kuning

  1. Menjalankan pemeriksaan sijil vaksinasi ke atas pengembara yang tiba dari / melalui negara endemik (penumpang biasa dan penumpang bertaraf VVIP).
  2. Makluman kepada penganjur acara antarabangsa / individu mengenai penyakit Demam Kuning dan keperluan vaksinasi Demam Kuning.
  3. Menjalankan pemeriksaan rawak di ‘autogate’ (Warganegara Malaysia) di  KLIA dan KLIA 2.
  4. Mengedarkan risalah / Demam Kuning kepada agensi kerajaan dan swasta / warga kerja KLIA.
  5. Taklimat berkaitan penyakit Demam Kuning kepada anggota Imigresen yang baru bertugas di KLIA.

Pengurusan / pengendalian notifikasi kes penyakit berjangkit

  1. Menguruskan notifikasi yang diterima daripada klinik swasta dan agensi berkaitan di lapangan terbang KLIA.
  2. Menjalankan aktiviti siasatan dan langkah-langkah pencegahan / kawalan sekiranya berlaku kejadian kes disyaki / disahkan penyakit berjangkit, dan wabak.

 Pengurusan / pengendalian kes kematian disyaki penyakit berjangkit

  1. Menjalankan aktiviti siasatan kes kematian disyaki penyakit berjangkit dan langkah-langkah pencegahan / kawalan

Pengimpotan dan pengekspotan mayat, tisu manusia, dan organisma*

  1. Menerima dan menyemak semua permohonan pengimportan dan pengeksportan mayat, tisu manusia, dan organisma.
  2. Mengeluarkan permit pengimpotan dan pengekspotan mayat, tisu manusia, dan organisma (jika semua keperluan dipatuhi).
  3. Pemeriksaan konsaimen.

 * Nota:

Di peringkat pintu masuk hanya diberikan kelulusan (pengeluaran permit) bagi organisma kumpulan 1 dan 2 sahaja. Permohonan dan kelulusan organisma Kumpulan 3 dan 4 adalah diperingkat Kementerian Kesihatan Malaysia (Ketua Pengarah Kesihatan)

 Pemeriksaan Kebersihan pesawat antarabangsa

  1. Menjalankan pemeriksaan kebersihan pesawat antarabangsa yang tiba di KLIA secara rawak.
  2. Memeriksa ‘General Declaration’ (GD) dan bukti disinsektasi yang dibuat di dalam pesawat.

Pemantauan Aktiviti Disinsektasi Ke Atas Semua Penerbangan Antarabangsa

  1. Semua pesawat yang tiba di KLIA perlu menjalankan aktiviti disinsektasi dalam pesawat sebelum pesawat mendarat.
  2. Bukti disinsektasi samada Spray Can atau Sijil Residual Spray perlu diletakkan di dalam tong yang disediakan oleh Pejabat Kesihatan KLIA sebagai pembuktian menjalankan disinsektasi dalam pesawat.

 Pembelajaran berterusan / pengalaman anggota

  1. Menganjurkan kursus / latihan dalaman kepada anggota jabatan dan unit bagi tujuan mempertingkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran anggota berkaitan aspek pencegahan dan kawalan penyakit di pintu masuk.

Jumlah Pengunjung: 41294

  • Kemaskini Akhir : 04 Mei 2017.